Friday, 13 June 2014

Patah Hati Yang Menyakitkan ..


PATAH HATI YANG MENYAKITKAN ...

Perbezaan antara cinta lelaki dengan cinta perempuan .. !

1)      Ketika ada wanita yg membenci seseorang lelaki setengah mati , itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati .

2)      Wahai lelaki , ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya beerti kau mencintainya .

3)      Di sebalik kejayaan setiap wanita , dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta .

4)      Cinta yg dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki , ternyata merupakan persoalan hidup & mati bagi wanita .

5)      Ketika lelaki mengatakan ‘’ perempuan itu tidak mempunyai hati ‘’ , beerti wanita tersebut telah berjaya merebut hatinya .

6)      Cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat  seperti dia menulis diatas pasir .

7)      Bagi wanita , ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya iaitu mencintai , dikecewakan , kemudian bersedih .

8)      Betapa pun seorang wanita bermulut seribu , namun cinta akan mengajarnya diam .

9)      Dalam bercinta , seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya .

10)   Ketika wanita mencintai seorang lelaki , sekali-kali dia tidak akan merendahkannya .

11)   Dalam cinta , lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan .

12)   Dalam bercinta , seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu hal ,iaitu mencintainya terus menurus .

13)   Dalam persahabatn lelaki lebih pandai daripada wanita , namun tidak demikian dalam cinta .

14)   Cinta mungkin berakhir dalam sehari , namun  cinta hakiki tidak sedemikian .

15)   Seorang wanita tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai .

16)   Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan , namun cinta seorang wanita bagai lembaran-lembaran kertas yang tiada penghujungnya .

17)   Ketika wanita jatuh cinta , dia memulakannya dengan kekhuatiran , ketakutan & prasangka .

 

Beginikah Kita ??


BEGINIKAH KITA ?? .

 

Beginikah Kita ??
Insan lalai & leka ,
Mudah terpedaya & percaya,
Pada hasutan syaitan durjana ,
Untuk mengisi kekosongan neraka ..

Beginikah Kita ??
Ingat Allah hanya seketika ,
Bila miskin , Bila derita ,
Bila susah tiada upaya ,
Bila duka datang nestapa ..

Beginikah Kita ??
Insan bergelar khalifah di bumi ,
Ada masa ketika menghadap ilahi ,
Ada masa kesilapan menghiasi diri ,
Tak sedikit pun ambil peduli ,
Merasakan diri pasti belum mati ..

Beginikah Kita ??
Impian besar  mendiami syurga ,
Nafsu syaitan masih didamba ,
Mudah leka keasyikan dunia ,
Segala kewajipan hanya sekadar tika ,
Umpama melepas batuk di tangga ,
Yang menanti , Yang terbuka ,
Bakaran api kepanasan neraka ,
Bertaubatlah kita sebelum ajal tiba .. !!

 

P/S : Renungan untuk semua . Termasuklah diri yang KERDIL & HINA ini .
          #ALLAHU :’(

Friday, 11 April 2014

Kehidupan Baru :D




Telah sekian lama Aliah menyepikan diri , *Acewahh , ayat tuh * Hehe . Rindunya kat blog nie . Lama tak    jenguk . Dah tumbuh lalang dah .   .Ada  Sapa nak tolong bersihkan nie ? Aliah nak bagi upah ! Aduh !! . Hee ! ..  Mesti hampa rindu Aliah kan ? * Peqasan sat * ..

 Setelah sekian lama dalam kehidupan baru . Kehidupan sebagai seorang pelajar STAM .   Kehidupan di rumah sewa & Menguruskan hidup sendiri . Penat jugak lha ! Hee ! . Dulu balik ja rumah , makanan dah tersedia , just balik makan . lepas tu tidoq . tapi la ni semuanya berubah , balik rumah , kena masak , lepas tu basuh baju & buat kerja lain .. perghh ! agak padat jadual Aliah . ! tapi apakan daya , kehidupan perlu diteruskan jua ! Haha . kalau stay kat asrama pun xletih ni kot * Ada bantahan ?* emm .. tak tau lha sebab Aliah tak pernah stay kat asrama pun . Ni first time jauh dari keluarga! Ramai yang kta Aliah anak manja . Ya ka ? .. Tapi hakikatnya memang betui .. :’) .


 Walaupun dilahirkan sebagai puteri sulung kepada Kamarulzaman Bin Saad & Siti Sara Binti Saidin , tapi peragai  manja lebih dari adik bongsu uh ! . Tak tahan ! Hee ! . Sampai kadang 2x adik 2x yang lain selalu pekena Aliah . depa ramai , Aliah sorang ! mana aci kan ? ..  Ni lah ayat depa kalau Aliah merajuk !

Adik    : Abah ! mai tengok anak kesayangan abah ni merajuk !

Aliah   : Hampa ni pasai apa hah ?  x kacau hampa pun ! >.<

Abah   : Alolo . Sapa yang buat anak kesayangan abah ni ?

Adik     :  Tudia , Abah mai pujuk dah ! HAHAHHA ! *Pakat gelak * ..


   Perghh  ! memang benggang giler kalau jadi cam situasi kat atas . Tapi tanpa depa jugak Aliah sunyi . xdak orang nak bercerita , nak gaduh , Especially xdak orang yang Aliah nak sakat . kak mithali kan  Hehe .. Kadang,kadang duk kat rumah sewa , kalau adik / Aliah yang col adik , mmg lama kami sembang ! .. macam,macam cerita yang keluar .. Hee ! .. Kat rumah sewa pun digelar anak manja , nak tau sebab apa ? .. emmmm .. Sebab Aliah kerap balik S.P dari orang lain . Bukan apa , kadang,kadang ada urusan yang perlu diuruskan .. *ayat skema* .. Bulan 4 pecah rekod balik  S.P setiap minggu . minggu lepas balik , minggu ni balik sebab cuti KESUMAMM , Minggu depan balik sebab nak Pi MMKM! *Mohon jangan jeles* ..Hehe


 Kini Aliah kenali ramai orang , yang pelbagai ragamnya , pelbagai perwatakannya & bermacam lagi lha  . Kalau yang okay tu , okay lah . Kalau yang tak okay tu , hanya mampu bersabar . Kadang,kadang tu ada jugak protes yang Aliah buat . Time lha ni mmg macam ni , nanti bila dah habis sekolah , Teringat kenangan yang lalu. Right ? .. “Allah titipkan rindu Agar kita saling mengingati antara satu sama lain” . *Aceewahh ! .. Kepada kawan.kawan & adik,adik yang satu bilik dengan Aliah & kawan,kawan yang lain   , Thanks sebab selama ni sabar dengan karenah Aliah , faham Aliah , memberi teguran kat Aliah & Alhamdulillah kita saling menghormati * menyayangi antara satu sama lain .. J . Semoga ukhwah kita sentiasa mengalir & sentiasa mengingati antara kita ..

* Sori gambar ni tak berapa elok.. orang xpro edit , jadi macam ni lha .. Hee ! *



 Emm . setelah sekian lama tak bercerita , macam nil ha ! panjang sangat tak entry ni ? . kalau panjang idea terlebih , kalau kurang tuh , idea lari .. Hee ! . Cukup la kot  entry kali ni , dah lama nak menaip , rasa malas la pulak nak taip panjang,panjang ! Nanti kalau ada masa + Aliah rajin nak taip , Aliah update blog ni !


Wassalam :’)

Thursday, 2 January 2014

Calon STAM 2014

Assalammualaikum .. =D

Hari ni genap sebulan Aliah jadi budak lepasan SPM ..
Hobi Aliah sebulan dok rumah .. Makan + Tidor + 0nline +  Baca Novel  = Lepasan SPM  ! Haha ..
Jangan dok jeles sangat la noh ? .. Kepada  candidate SPM  2014 .. Do the best .. kak Aliah ucap siap  2x .. Bagi semangat ! hihi *Pirahhh ~ * .. Spm Tak susah mana pun .. Tak baca buku boleh jawab juga .. Tapi , time amik result , sedia siap 2x  lha tisu satu kotak ! ..  Hehe ..
Ni dok kata kat orang , tak sedar diri ni pun ada exam besar tahun ni .. Exam apa ?
STP ( Sijil Tunggu Peminangan) .. Haha ! tak aih .. STAM .. tau dak apa maksud STAM tu ? .. kalau tau BAGOS ! Kalau tak tau tu , meh sini nak habaq . (Sijil Tinggi Agama Malaysia) . mudah , mudahan Aliah dapat tempuhinya .. Amin ~

Hari tu ada Tanya cousin yang amik STAM tahun ni .. Nak tau apa dia kata ?  Baca yang kat bawah ni ..

Aliah     : wey , macam mana STAM . okay tak .. Aku takot laarr .. *muka cuak habis*
Firdaus : STAM ? Relax arr weyh ! senang ja ! .. * Sambil Senyum*
Aliah     : senang ? hang biaq betoi ? .. isyh ! musykil aku ! haha ..
Firdaus : la … btoi laa .. *Berlalu pergi meninggalkan aku yang masih berfikir* .. Hehe ..

Lepas tu , ada seorang kawan tanya Aliah ..

Wany : wey Aliah , Hang Tanya cousin hang tak macam mana STAM .. kena hafal surah apa ?
Aliah : Hang nak tau dak dia kata apa ? .. Dia kata senang ? ! Adoii ~ ..
             ketaq oii .. Kena hafal surah apa aku xdan nak Tanya .. Dia xdak kat rumah ..
Wany : Senang ?  emm .. Dia kata senang , tak kan kita tak boleh buat kan ? ..  ^^ ..
Aliah : hehe . in sha Allah .. moga Allah permudahkan . ! :D ..

Bila Tiba Tarikh Nie ... 12 / 1 / 2014  ..

Bermulalah kembali kehidupan sebagai seorang pelajar yang mithali * Aceewaah * .. Haha .. Aliah kena pi daftar dekat sek yang berkenaan .. Kami mula sekolah lambat sikit daripada orang lain .. Budak Penang yang kena mula 2 hb 1 ni , Tak Payah dok jeles nah ? Sapa suruh lari pi Penang .. Hihi ~ * Lain Kali Setia Nah ? *  .. Lepas ni jarang balik rumah * duk rumah sewa* & Jarang Update Blog *Just bawak Hp je pi sana * .. J .. Dan Mungkin jugak Blog ni akan terbiar tanpa berpenghuni * Sampai bila tak tau laa* .. Hee~ ..  Ni Lah entry terakhir sebagai budak Lepasan SPM .. ;) .. Entry Sebagai TETAMU STAM akan menyusul bila ada masa lapang nanti =D ..

                                           * Kiri =>. Calon STAM 2014*
                                                                         

                          Wassalam ..

Friday, 27 December 2013

Muhasabah Mengejutkan Diri Daripada Kealpaan :D



Jika kita mengambil sedikit masa untuk memerhatikan perjalanan hidup kita , Maka kita akan mendapati bahawa Allah S.W.T sebenarnya telah memberikan kita banyak peluang . Allah masih membuka peluang kepada kita untuk bertaubat kepada NYA .. Nyawa kita masih diPanjangkan hingga ke hari ini merupakan tanda rahmat & kasih syang NYA kepada kita .. Bayangkan sekiRannya kita dimatikan semalam ? . Bagaimanakah agaknya pengakhiran kita ? .

Sebagai seorang hamba Allah , Yang sepatutnya sedar akan kekurangan diri , Yang tahu akan bertimbunnya dosa didalam hati , Pernahkah kita bermuhasabah ? ..

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : 
" Setiap yang bernyawa itu akan merasai kematian , dan sesungguhnya semua akan diperhitungkan pada hari kiamat . Sesiapa yang diselamatkan daripada api neraka kemudian dia dimasukkan ke dalam syurga , Maka itulah kemenangan yang sebenar dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan " .   (  Ali Imran : 185)

 

 Sebenarnya , Dalam setiap waktu kehidupan kita , Telah banyak kita isi dengan hal yang sia,sia . Adakah kita ada masa untuk bermuhasabah ? Adakah kita ada subsidikan masa kita beberapa minit daripada 24 jam untuk bermuhasabah ? Ketahuilah bahawasanya insan itu tidak sempurna .. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan "

  Pentingnya muhasabah keada insan kerana ia mengejutkan kita dariada kealpaan seorang manusia . Kadangkala kita merasakan merasakan diri kita sudah BAGUS , BESAR , TINGGI , HEBAT , dan  SEMPURNA serta  BETUL SENTIASA . Ego kita yang menggunung angkasa membuatkan kita tidak menyedari kecacatan diri kita . Kita melukakan hati pelbagai orang dengan sikap kita ,Kita langgar pelbagai ajaran Allah , Kita lupakan pelbagai ajakan Rasulullah SAW , Namun kita masih tidak sedar lagi akan semua itu ..  

 Jesteru , Marilah kita memperuntukkan sedikit masa daripada 24 jam dalam kehidupan kita untuk bermuhasabah . Kita duduk sebentar & meneroka  kekhilafan diri . Kita perhatikan diri kita lalu bermuhasabah dengan penuh kerendahan hati , Seterusnya kita melaksanakan peningkatan untuk diri kita di Dunia & Akhirat ..

 

:: Semoga Allah Meredhai Kehidupan Kita Semua ::


Tuesday, 24 December 2013

Doa Supaya Segala Yang Susah Menjadi Mudah =D



Jika kita mengalami masalah dalam melakukan sesuatu masalah , Berdolah kepada Allah .. Mudah,Mudahan Allah akan mempermudahkan segala urusan kita .. Yakin dengan Allah .. In Sha Allah ..:') 




:: Fakta Anak No 1 ::


1.Senang memaafkan orang ,,
2 .Garang macam harimau tp hanya pada sesetengah orang ,,
3. Kalau gelak tak ingat dunia ,,
4. Sensitif , hati lembut ,,
5. Ramai peminat ,,
6. Mudah menyayangi orang lain jika org itu mengambil berat tentang dirinya ,,
7. Sukar melupakan orang yang dia sayang ,,
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai ,, 
9. Senyuman tetap di bibir walaupun , sedang sedih ,,
10. Sentiasa mengingati kawan lamanya ,,
11.Romantik & penyayang ,,
12. Manja & pemurah hati ,,
13. Peramah ,,
14. Kaki shopping & ske melancong ,,
16. Suka memasak & bagi orang makan masakannya ,,
17. Rajin ,,
18. Nk tahu merajuk ke x senang ja , kalo diam je tuh tandanya tgh merajuk ,,
19. Klu ada org mintak tlg mesti mereka akan ditolong ,,
20. Klu tgh tdoq senang je nk kejutkan sbb xtdo mati . . .
 


Ha ! dah baca FAKTA tu ? ..
.Kalau Aliah la kan .. Ada yang betol , Ada yang xbetol ..Hehe .. Tapi kebanyakkan btol lha .. Yang xbetul nya .. ??  Emm ,.. Secret !!  Hee ~ ^^ ..  Yang ni ja yang boleh Aliah cerita .. Yang lain biarlah menjadi RAHSIA ! Haha .. ;)

2 .Garang macam harimau tp hanya pada sesetengah orang ,,

Haha . Adik Aliah kata '' Yang ni sesuai untuk kakak .. Kalau marah org ,Bingit je telinga .. Satu taman boleh dengar suara kakak '' .. 

10. Sentiasa mengingati kawan lamanya ,,

Btoi kot .. Hehe ~ .. Kawan dari darjah 1 hingga La ni .. Walaupun depa dah lupa Aliah .. Aliah still ingat kat depa lagi.. Kadang ,kadang tu teringat kisah masa zaman, kecik,kecik dulu .. Hee ~ ;)

14. Kaki shopping & ske melancong ,,

Yang ni tak betoi .. Aliah paling malas sekali kalau nak pi pasaraya / shopping .. Dengan kawan / Family sama jaa ..Buat letih jalan la katakan .. Hihihi ~