Wednesday 19 September 2018

ALAM RIA PASTI 2018


ASSALAMMUALAIKUM . W.R.T
Alhamdulillah . Hari ini kita diberi nikmat hidup ,  untuk meneruskan lagi kehidupan kita di dunia yang fana ini . Sentiasalah mensyukuri nikmat sihat yang diberikan . Jangan sakit baru kita ingat ALLAH . Bila sihat , kita lupa segala-galanya . Semoga sakit  menjadi kifarah ke atas segala dosa2x yang kita lakukan . Bertaubatlah sebelum terlambat . Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-NYA.  Sedikit peringatan untuk diri Aliah sendiri & juga kita semua. Ya kadang-kadang kita lalai. Kita manusia yang tidak sempurna .

Lama tak bagi tazkirah , Hehe . Lama tak bercakap depan khalayak ramai , Dulu zaman maahad , peNgawas . Rutin la cakap kat depan ni . Tu pun ketaq . Kalau ikutkan harini nak share tentang MAJLIS KONVOKESYEN aliah bulan julai haritu . Tapi gambar tak dak dlm laptop . Lupa transfer . Ada dalam fon . So , entry harini saja nak share tentang ALAM RIA PASTI 2018 . Hok ni pun lebih kurang panjang jugak la . Hahaha . Sebab kita dapat ke banyak peringkat.

APA ITU ALAM RIA PASTI ?

Okay , Alam Ria ni macam hari ujibakat la . Ada beberapa acara . Antaranya , . SAJAK , PIDATO , KHUTBAH , BERCERITA , NASYID , KALAM JAMAIE, AZAN . Ujibakat untuk anak2 pasti yang berumur 4-6 TAHUN .

Nak dijadikan cerita , tahun ni memang tak dak mood langsung nak masuk acara . Satu pasal teks , Jadi malas macam mna tau . Selalu sebelum raya tu dah start latihan . Ni dah lepas raya dok buat qalit ja org kedah kata . Hahah . Sampai kena paksa sebab tak kurang sebulan nak lawan untuk peringkat kawasan . iaitu PASTI KAWASAN SUNGAI PETANI . 3 tahun aliah mengajar pasti , 3 tahun aliah ambil alih acara KALAM JAMAIE . Macam choral speaking la , tapi dalam bahasa arab . Mencabar , sebab nak ajar anak2 menghafal teks , dengan gaya . Fuhhh . Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan tahun ni . Sat ja anak-anak murid dapat hafal . Dah la teks tahun ni teks main2 ja . isi xpadat . Bertabahlah !! HUHU

ALAM RIA PASTI KAWASAN

Pertandingan untuk peringakat kawasan 11/08/2018 . First susah hati dah sebab aliah AJK MGPSP . Kena handle bahagian lain . Habistu anak murid cheq sapa nak handle . Hahah . Lepas bincang dengan AJK lain , okay , aliah handle bahgian kalam jamie . Lagi ketaq sebab anak murid buat persembahan kita dok tengok . Kena turn no .2 . Sebelum tu buat khutbah dlu 2 orang , Pidato 3 orang . Lepas settle semua tu baru start kalam jamie . Cikgu ni yg kena kira markah . Bila tengok kumpulan lain buat persembahan , hati dupdapdupdap ja . Dah habis smua , turn aliah kira markah . Ketaq tangan2 ni nak kira . Haha . Kira yg pasti lain dlu yg pasti kami last sekali . Perangai . Hahah .

Alhamdulillah JOHAN untuk kawasan sg petani . 99/100 . Memang terkejut sangat2 . Hahaha dalam tak mau masuk , tak mau menang tu . Kira tahun ni tahun kedua wakil SP .Tahun lepas first . Tersenyum ja lepas dapat tau. Orang lain dok tanya sapa johan , kita buat tak tau ja . Hhaha .





AMBIL GAMBAR LEPAS CIKGU KIRA MARKAH , DAN TAU DAH KITA MENANG . HIHI



ALAM RIA PASTI KEDAH 

Alam Ria Pasti Kedah seminggu selepas tu 19/08/2018 . So , ada masa seminggu ja nak praktis . Dalam hati , Hmm saguhati dah la anak-anak oii nanti. Tak payah tunggu lama . Kami kena turn no 1 kot . Dihati ini hanya Allah ja yg tau . Kami org first sampai . Hhaha . Lepas buat persembhan kami tengok sat ja yg org lain , lepas tu pi jalan2 . Cemuih kot semua dok ada 13 kumpulan . Hhaha . Adik aliah Muhammad Said Ramadhan dia masuk acara ni . Saja kata kat dia . Kalau menang no 1 kak bagi RM 50 . Mak kata "HANG JANJI LA KAKAK , DAPAT BETUI PADAN MUKA'' HAHA . Aliah kata kat mak ''DALAM MIMPI LA , KUALA KEDAH NUH SELALU DAPAT NO 1 '' .

Settle semua kumpulan , tunggu umum keputusan pulak , lambat benor , Hhaha . Tak boleh dudk diam dahh oii . Kepala sandaq dekat dinding , bergegaq kepala aku oii . Hhaha . Hanya tuhan ja tu perasaan masa tu . Tak macam selalu . haha . Kumpulan last depa panggil untuk terima saguhati , ada 3 kumpulan yg depa suruh amik hadiah kat dewan , JOHAN , NAIB JOHAN , KETIGA . Alhamdulillah kami dari kalangan tu . Tak sangkaaa sangat , Tahun lepas balik awai . Hhaha .

Waris2 pakat kata , ''HA  , NAK PI KL DAH PA KITA '' HAHA . Hat cikgu diam seribu bahasa. Awai tu dalam dewan , dengaq geng SP dok sembang kata kami no 2. Dalam hati '' HA , XPALA , ALHAMDULILLAH REZEKI '' . Masa turn kalam jamie nak amik hadiah tu , kami dok depan sekali , target tempat ketiga la . Tengok2 geng kuala kedah pi dulu . Depa kata depa no 3 . Ha, tak pa lha , no 2 kot . Standby dah nak masuk no 2 . Pengerusi majlis pulak dok main2 , bertambah la ketaq cikgu ni . Hahah . Lama jugak la nak umum .Pengerusi tu kata , ''SATU DARI UTARA , SATU DARI SELATAN '' . Kami selatan , Jerlun utara .

Pengerusi umum ''NAIB JOHAN UNTUK KALAM JAMAIE , KUMPULAN DARI UTARA ''.Tetiba pakat blur , cikgu , waris . boleh dok kata , ha , kita lha utara . Hhaha . Tengok dia umum Jerlun . ALLAH cikgu bersyukur sangat . Tak sangka boleh wakil Negeri Kedah untuk pi Kebangsaan . Diam terkelu lidah  . Nak qeyau semua ada. Lepas tu umum JOHAN , kami pi amik hadiah . Alhamdulillah syukur sangat2 . Memang tak duga langsung .


SEMENTARA TUNGGU GROUP LAIN BUAT PERSEMBAHAN 


PENYAMPAIAN HADIAH OLEH PENGARAH PASTI KEDAH


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA WARIS YG SPORTING2 BELAKA


ALAM RIA PASTI MALAYSIA

Tarikh Alam Ria Kebangsaan 01/09/2018 . Seminggu selepas tu jugak . Kami  dari SG PETANI wakil 2 acara NASYID & KALAM JAMIE . Rezeki tahun ni . Kami bertolak dari kedah 30/8 khamis malam . 31/8 tu kami sampai sana pagi dalam pukul 8:00 pagi . Check in homestay 2 petang . So. kami jalan2 dulu . Kami pi ZOO NEGARA . Saja la kan bagi budak2 ni seronok . Letih oii pusing zoo . Hhaha . Dari pukul 10-1;00 . Hhaha . Kena pulak tajuk teks kami tentang haiwan . Ha, bagi depa mai tengok sendiri . Yang syoknya , sampai kat harimau . Depa cakap arab ''  النمر اه مدهش "          ( HARIMAU , OHH, MENAKUTKAN ) . Kebetulan ada orang arab kat situ , Teruja tengok depa cakap arab . Hhaha  ,   Kami keluar dalam pukul 12 sebab hujan . Ya lha bawak budak2 ni . Peseta 15 orang cikgu 5 orang . So, kami bahgi sorang cikgu 3 murid . Terkawal la sikit kan  ? Hehe .


GENG PASTI SG PETANI 






KONTINJEN PASTI KEDAH



NAK TENGOK PANDA , TAPI PANDA LENA . HAHA


Keluar awai tunggi geng2 ALP tak mai lagi , budak2 sampai lena la , Letihh oii. cikgu pun ngantok dah . Hahha . Pukul 1:20 kami naik bas nak balik homestay . Singgah makan apa dulu . Sampai homestay dekat pukul 4 petang juga la . Ya la, hari cuti umum , KL kot . Jem la , Smapai telena berapa kali xtau la . Petang tu latihan tepi tasik terpaksa cancel sebab cikgu + anak murid letih sangat dah . Heheh . Sampai HMSTAY tu rehat makan apa , lepas maghrib bgi budak2 tu lena dah . Penat cakap . Hhaha . Ha la , 15 orang nuh . Cikgu Kamaliah handle suruh tidoq . Cikgu lena pukul 3 pagi dah , bangun pukul 4:30 pagi. Mata tak boleh nak pejam . Bangun pagi mood tak okay . OPSS

Esok tu hari pertandingan. Dewan kami nak lawan tu jauh sikit dari dewan utama . Pagi tu kami di uji . Pakat sakit perut . Cikgu pun sama ,Pkat senak . Cikgu ni macam nak qeyau ja tau dak. Kesian tengok anak-anak. Ulang pi tandas teqa nak sampai turn . Macam nak tarik diri ja . Turn kami no 9 . Alhamdulillah nak smpai turn kami tu anak2 dah kuat sikit . Mau tak nya , 100 plus berapa botol dah , pampers berapa keping . Dengan cikgu tak cukup tidoq . Allah . Sedih sngat2x . Kenangan yang tak dapat dilupai . Dalam kegembiraan , Allah uji dengan sedikit ujian .


SEMUA MUKA TAK BERAPA CERIA 






BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA ALP PASTI MALAYSIA

Selesai semua , memang kali ni cikgu tak target . Dapat sampai ke peringkat ni pun cikgu dah bangga . Menang kalah belakang cerita . Anak2x dah buat yang terbaikkk . JUARA dihati cikgu . Alhamdulillah selesai semuanya . Insha Allah cikgu semangat untuk tahun depan . HAHA . Ada rezeki tahun depan kita buat yang terbaik . Cuba lagi .

Semua ini Cikgu abadikan dalam ingatan cikgu sebagai KENANGAN TERINDAH . Semoga anak2x cikgu tak lupa cikgu bila dah keluar nanti nah ?? . ( macam depa boleh baca. werkkk ) HHAHA. Disebalik semua ni , terselit sedikit memori indah yang tak dapat cikgu lupakan .
 *EH , RAHSIALAH* . Hhaha . Mana boleh bagitau .


OTW NAK BALIK .


TERIMA KASIH MGPNK & ALP PASTI KEDAH .


JIKA ADA SUMUR DI LADANG ,
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI , 
JIKA ADA UMUR YANG PANJANG , 
INSHA ALLAH TAHUN DEPAN KITA JUMPA LAGI . 

LOT'S OF LOVE ~ CIKGU KAMALIAH & CIKGU AMIRAH

1 comment:

Unknown said...

Assalamu alaikum..boleh share x teks kalam jamai ttg haiwan tu