Friday, 11 April 2014

Kehidupan Baru :D




Telah sekian lama Aliah menyepikan diri , *Acewahh , ayat tuh * Hehe . Rindunya kat blog nie . Lama tak    jenguk . Dah tumbuh lalang dah .   .Ada  Sapa nak tolong bersihkan nie ? Aliah nak bagi upah ! Aduh !! . Hee ! ..  Mesti hampa rindu Aliah kan ? * Peqasan sat * ..

 Setelah sekian lama dalam kehidupan baru . Kehidupan sebagai seorang pelajar STAM .   Kehidupan di rumah sewa & Menguruskan hidup sendiri . Penat jugak lha ! Hee ! . Dulu balik ja rumah , makanan dah tersedia , just balik makan . lepas tu tidoq . tapi la ni semuanya berubah , balik rumah , kena masak , lepas tu basuh baju & buat kerja lain .. perghh ! agak padat jadual Aliah . ! tapi apakan daya , kehidupan perlu diteruskan jua ! Haha . kalau stay kat asrama pun xletih ni kot * Ada bantahan ?* emm .. tak tau lha sebab Aliah tak pernah stay kat asrama pun . Ni first time jauh dari keluarga! Ramai yang kta Aliah anak manja . Ya ka ? .. Tapi hakikatnya memang betui .. :’) .


 Walaupun dilahirkan sebagai puteri sulung kepada Kamarulzaman Bin Saad & Siti Sara Binti Saidin , tapi peragai  manja lebih dari adik bongsu uh ! . Tak tahan ! Hee ! . Sampai kadang 2x adik 2x yang lain selalu pekena Aliah . depa ramai , Aliah sorang ! mana aci kan ? ..  Ni lah ayat depa kalau Aliah merajuk !

Adik    : Abah ! mai tengok anak kesayangan abah ni merajuk !

Aliah   : Hampa ni pasai apa hah ?  x kacau hampa pun ! >.<

Abah   : Alolo . Sapa yang buat anak kesayangan abah ni ?

Adik     :  Tudia , Abah mai pujuk dah ! HAHAHHA ! *Pakat gelak * ..


   Perghh  ! memang benggang giler kalau jadi cam situasi kat atas . Tapi tanpa depa jugak Aliah sunyi . xdak orang nak bercerita , nak gaduh , Especially xdak orang yang Aliah nak sakat . kak mithali kan  Hehe .. Kadang,kadang duk kat rumah sewa , kalau adik / Aliah yang col adik , mmg lama kami sembang ! .. macam,macam cerita yang keluar .. Hee ! .. Kat rumah sewa pun digelar anak manja , nak tau sebab apa ? .. emmmm .. Sebab Aliah kerap balik S.P dari orang lain . Bukan apa , kadang,kadang ada urusan yang perlu diuruskan .. *ayat skema* .. Bulan 4 pecah rekod balik  S.P setiap minggu . minggu lepas balik , minggu ni balik sebab cuti KESUMAMM , Minggu depan balik sebab nak Pi MMKM! *Mohon jangan jeles* ..Hehe


 Kini Aliah kenali ramai orang , yang pelbagai ragamnya , pelbagai perwatakannya & bermacam lagi lha  . Kalau yang okay tu , okay lah . Kalau yang tak okay tu , hanya mampu bersabar . Kadang,kadang tu ada jugak protes yang Aliah buat . Time lha ni mmg macam ni , nanti bila dah habis sekolah , Teringat kenangan yang lalu. Right ? .. “Allah titipkan rindu Agar kita saling mengingati antara satu sama lain” . *Aceewahh ! .. Kepada kawan.kawan & adik,adik yang satu bilik dengan Aliah & kawan,kawan yang lain   , Thanks sebab selama ni sabar dengan karenah Aliah , faham Aliah , memberi teguran kat Aliah & Alhamdulillah kita saling menghormati * menyayangi antara satu sama lain .. J . Semoga ukhwah kita sentiasa mengalir & sentiasa mengingati antara kita ..

* Sori gambar ni tak berapa elok.. orang xpro edit , jadi macam ni lha .. Hee ! *



 Emm . setelah sekian lama tak bercerita , macam nil ha ! panjang sangat tak entry ni ? . kalau panjang idea terlebih , kalau kurang tuh , idea lari .. Hee ! . Cukup la kot  entry kali ni , dah lama nak menaip , rasa malas la pulak nak taip panjang,panjang ! Nanti kalau ada masa + Aliah rajin nak taip , Aliah update blog ni !


Wassalam :’)

Thursday, 2 January 2014

Calon STAM 2014

Assalammualaikum .. =D

Hari ni genap sebulan Aliah jadi budak lepasan SPM ..
Hobi Aliah sebulan dok rumah .. Makan + Tidor + 0nline +  Baca Novel  = Lepasan SPM  ! Haha ..
Jangan dok jeles sangat la noh ? .. Kepada  candidate SPM  2014 .. Do the best .. kak Aliah ucap siap  2x .. Bagi semangat ! hihi *Pirahhh ~ * .. Spm Tak susah mana pun .. Tak baca buku boleh jawab juga .. Tapi , time amik result , sedia siap 2x  lha tisu satu kotak ! ..  Hehe ..
Ni dok kata kat orang , tak sedar diri ni pun ada exam besar tahun ni .. Exam apa ?
STP ( Sijil Tunggu Peminangan) .. Haha ! tak aih .. STAM .. tau dak apa maksud STAM tu ? .. kalau tau BAGOS ! Kalau tak tau tu , meh sini nak habaq . (Sijil Tinggi Agama Malaysia) . mudah , mudahan Aliah dapat tempuhinya .. Amin ~

Hari tu ada Tanya cousin yang amik STAM tahun ni .. Nak tau apa dia kata ?  Baca yang kat bawah ni ..

Aliah     : wey , macam mana STAM . okay tak .. Aku takot laarr .. *muka cuak habis*
Firdaus : STAM ? Relax arr weyh ! senang ja ! .. * Sambil Senyum*
Aliah     : senang ? hang biaq betoi ? .. isyh ! musykil aku ! haha ..
Firdaus : la … btoi laa .. *Berlalu pergi meninggalkan aku yang masih berfikir* .. Hehe ..

Lepas tu , ada seorang kawan tanya Aliah ..

Wany : wey Aliah , Hang Tanya cousin hang tak macam mana STAM .. kena hafal surah apa ?
Aliah : Hang nak tau dak dia kata apa ? .. Dia kata senang ? ! Adoii ~ ..
             ketaq oii .. Kena hafal surah apa aku xdan nak Tanya .. Dia xdak kat rumah ..
Wany : Senang ?  emm .. Dia kata senang , tak kan kita tak boleh buat kan ? ..  ^^ ..
Aliah : hehe . in sha Allah .. moga Allah permudahkan . ! :D ..

Bila Tiba Tarikh Nie ... 12 / 1 / 2014  ..

Bermulalah kembali kehidupan sebagai seorang pelajar yang mithali * Aceewaah * .. Haha .. Aliah kena pi daftar dekat sek yang berkenaan .. Kami mula sekolah lambat sikit daripada orang lain .. Budak Penang yang kena mula 2 hb 1 ni , Tak Payah dok jeles nah ? Sapa suruh lari pi Penang .. Hihi ~ * Lain Kali Setia Nah ? *  .. Lepas ni jarang balik rumah * duk rumah sewa* & Jarang Update Blog *Just bawak Hp je pi sana * .. J .. Dan Mungkin jugak Blog ni akan terbiar tanpa berpenghuni * Sampai bila tak tau laa* .. Hee~ ..  Ni Lah entry terakhir sebagai budak Lepasan SPM .. ;) .. Entry Sebagai TETAMU STAM akan menyusul bila ada masa lapang nanti =D ..

                                           * Kiri =>. Calon STAM 2014*
                                                                         

                          Wassalam ..

Friday, 27 December 2013

Muhasabah Mengejutkan Diri Daripada Kealpaan :D



Jika kita mengambil sedikit masa untuk memerhatikan perjalanan hidup kita , Maka kita akan mendapati bahawa Allah S.W.T sebenarnya telah memberikan kita banyak peluang . Allah masih membuka peluang kepada kita untuk bertaubat kepada NYA .. Nyawa kita masih diPanjangkan hingga ke hari ini merupakan tanda rahmat & kasih syang NYA kepada kita .. Bayangkan sekiRannya kita dimatikan semalam ? . Bagaimanakah agaknya pengakhiran kita ? .

Sebagai seorang hamba Allah , Yang sepatutnya sedar akan kekurangan diri , Yang tahu akan bertimbunnya dosa didalam hati , Pernahkah kita bermuhasabah ? ..

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : 
" Setiap yang bernyawa itu akan merasai kematian , dan sesungguhnya semua akan diperhitungkan pada hari kiamat . Sesiapa yang diselamatkan daripada api neraka kemudian dia dimasukkan ke dalam syurga , Maka itulah kemenangan yang sebenar dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan " .   (  Ali Imran : 185)

 

 Sebenarnya , Dalam setiap waktu kehidupan kita , Telah banyak kita isi dengan hal yang sia,sia . Adakah kita ada masa untuk bermuhasabah ? Adakah kita ada subsidikan masa kita beberapa minit daripada 24 jam untuk bermuhasabah ? Ketahuilah bahawasanya insan itu tidak sempurna .. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan "

  Pentingnya muhasabah keada insan kerana ia mengejutkan kita dariada kealpaan seorang manusia . Kadangkala kita merasakan merasakan diri kita sudah BAGUS , BESAR , TINGGI , HEBAT , dan  SEMPURNA serta  BETUL SENTIASA . Ego kita yang menggunung angkasa membuatkan kita tidak menyedari kecacatan diri kita . Kita melukakan hati pelbagai orang dengan sikap kita ,Kita langgar pelbagai ajaran Allah , Kita lupakan pelbagai ajakan Rasulullah SAW , Namun kita masih tidak sedar lagi akan semua itu ..  

 Jesteru , Marilah kita memperuntukkan sedikit masa daripada 24 jam dalam kehidupan kita untuk bermuhasabah . Kita duduk sebentar & meneroka  kekhilafan diri . Kita perhatikan diri kita lalu bermuhasabah dengan penuh kerendahan hati , Seterusnya kita melaksanakan peningkatan untuk diri kita di Dunia & Akhirat ..

 

:: Semoga Allah Meredhai Kehidupan Kita Semua ::


Tuesday, 24 December 2013

Doa Supaya Segala Yang Susah Menjadi Mudah =D



Jika kita mengalami masalah dalam melakukan sesuatu masalah , Berdolah kepada Allah .. Mudah,Mudahan Allah akan mempermudahkan segala urusan kita .. Yakin dengan Allah .. In Sha Allah ..:') 




:: Fakta Anak No 1 ::


1.Senang memaafkan orang ,,
2 .Garang macam harimau tp hanya pada sesetengah orang ,,
3. Kalau gelak tak ingat dunia ,,
4. Sensitif , hati lembut ,,
5. Ramai peminat ,,
6. Mudah menyayangi orang lain jika org itu mengambil berat tentang dirinya ,,
7. Sukar melupakan orang yang dia sayang ,,
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai ,, 
9. Senyuman tetap di bibir walaupun , sedang sedih ,,
10. Sentiasa mengingati kawan lamanya ,,
11.Romantik & penyayang ,,
12. Manja & pemurah hati ,,
13. Peramah ,,
14. Kaki shopping & ske melancong ,,
16. Suka memasak & bagi orang makan masakannya ,,
17. Rajin ,,
18. Nk tahu merajuk ke x senang ja , kalo diam je tuh tandanya tgh merajuk ,,
19. Klu ada org mintak tlg mesti mereka akan ditolong ,,
20. Klu tgh tdoq senang je nk kejutkan sbb xtdo mati . . .
 


Ha ! dah baca FAKTA tu ? ..
.Kalau Aliah la kan .. Ada yang betol , Ada yang xbetol ..Hehe .. Tapi kebanyakkan btol lha .. Yang xbetul nya .. ??  Emm ,.. Secret !!  Hee ~ ^^ ..  Yang ni ja yang boleh Aliah cerita .. Yang lain biarlah menjadi RAHSIA ! Haha .. ;)

2 .Garang macam harimau tp hanya pada sesetengah orang ,,

Haha . Adik Aliah kata '' Yang ni sesuai untuk kakak .. Kalau marah org ,Bingit je telinga .. Satu taman boleh dengar suara kakak '' .. 

10. Sentiasa mengingati kawan lamanya ,,

Btoi kot .. Hehe ~ .. Kawan dari darjah 1 hingga La ni .. Walaupun depa dah lupa Aliah .. Aliah still ingat kat depa lagi.. Kadang ,kadang tu teringat kisah masa zaman, kecik,kecik dulu .. Hee ~ ;)

14. Kaki shopping & ske melancong ,,

Yang ni tak betoi .. Aliah paling malas sekali kalau nak pi pasaraya / shopping .. Dengan kawan / Family sama jaa ..Buat letih jalan la katakan .. Hihihi ~

Monday, 23 December 2013

Merindui Dirinya :(

Assalammualaikum ..

TengOk tajuk macam sedih je kan ? .. Kalau nak tau cerita selanjutnya ..Baca la entry ni sampai habis .. :)

Sebelum ni  Aliah ada rapat dengan seorang budak ni .. *Nama dia akan disiarkan di akhir entry ni * Haha .. *poyo je kan?* .. macam mana kami boleh rapat , tak berapa nak ingat sangat .. sebab masa tu Aliah baru form two .. la ni dah form 5 .. tiga tahun dah berlalu .. apa yang Aliah ingat , Aliah kenai dia masa aliah ikut mak menakan p meniaga kat sekolah masa depa tuisyen .. masa tu dia darjah 5 .. aliah form 1 .. mula,mula hanya kenai melalui orang tengah jaa . mak menakan ..Sebab mak menakan aliah ni dia sama umur dengan budak tuh .. * anak menakan tua SIKIT jew* .. Hehe ..

Lama kelamaan kami berutus surat masa aliah form two ..Pernah jumpa dia pun sekali jew kat sekolah .. selebihnya , surat + chat + mesej + call .. lepas tuh Aliah berangkat dengan dia .. memang best lha .. dia ni sorang yg sporting .. aliah juga pernah digosipkan oleh dia & mak menakan aliah dengan ‘’SOMEONE’’ .. ni .. besa lha , masa tu baru darjah 6 kan .. buat xtau jaa .. Hihi ..  lepas ja darjah 6 .. Aliah lost contact dengan dia .. dia sekolah kat salah sebuah sekolah agama di sunga petani .. boleh dikatakan dekat jew dengan rumah aliah .. *sapa tau tu, tau lha* ..

Lepas tu , dia form 1 ,aliah form three .. Aliah jarang online masa tu sebab PMR kan .. Dia pulak xpakai handset ,… kalau ada apa,apa dia col guna no mak dia ja .. memang lama xcontact .. Kadang,kadang jew chat dekat FB .. ada la satu hari ni , xsilap aliah nak dekat dah PMR .. aliah on9 petang tuh , dan ternampak dia on9 jugak .. terdetik dekat dalam hati nak mintak maaf kat dia .. bukan sebab apa , dia pun lama xtegur Aliah , takot,takot  Aliah ada buat salah dengan dia ka .. Mana tau kan ? ..

Aliah pun hantar la chat dekat dia .. mintak maaf , suruh dia sama,sama doakan aliah untuk PMR .. Dia balas , dia kata Aliah xdak buat salah dengan dia .. Dia pun mintak maaf .. dia ada pesan , buat yang terbaik untuk PMR .. DOA, USAHA,IKHTIAR,TAWAKAL ! .. ingat lagi pesanan dia .. ! ..Hari tu la kali pertama & kali terakhir aliah chat dengan dia lepas lost contact .. L ..Pada esok tu , lepas buka puasa , Aliah on la FB sat .. tetiba Aliah terpandang 1 status yang menyedihkan .. mula,mula aliah xpercaya .. lepas Tanya orang .. baru aliah percaya .. dia telah meninggal dunia selepas buka puasa .. ! Dia  sebenarnya ada penyakit lelah  !.. YA ALLAH , hanya tuhan ja yang tau perasaan aliah masa tuh ! ..

Sedih sangat , .. Malam tuh aliah xboleh tidur ..asal nak pejam mata ja ,mesti terbayang muka dia ..  Aliah bangun , dan sedekahkan AL FATIHAH & YAASIN untuk dia .. macam tau,tau ja dia akan pergi .. sebab  terdetik dalam hati sangat,sangat suruh mintak maaf .. ALLAH .. esok tuh dah laa trial PMR .. subjek sejarah ! memang xbleyh fokus untuk study .. pi sekolah aliah main tanda ja .. result jangan Tanya lha .. emm .. pi sekolah pula pakat dok cerita pasai dia .. menitis air mata ni dalam kelas ~ .. Dia meninggal selepas baca AL QURAN .. 6 ramadhan dia dah baca 6 juzuk .. semoga roh NUR DIYANA FATIHAH BT ROSHIDI dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yang beriman .. semoga dia  menjadi bidadari   syurga .. Amin ~ ..   

AL FATIHAH ~

* Tiga/ogos/dua ribu sebelas *

Rindu dia .. L ..  hanya AL FATIHAH & DOA yang dapat ku sedekahkan .. 



 Syahdu dengar alunan nie ..Teringat kat arwah sambil .. Dalam xsedar ,Menitis air mata merindui dirinya .. :'(

Friday, 20 December 2013

Mengimbas Memori Lalu (:


Tengok balik gambar dengan kengkawan .. Dapat idea nak update blog .. Hehe ..Tengok gambar kat atas tu ..Cun x ? ..Apa ? Cun   ? Alhamdulillah .. Ciptaan Allah semua indah belaka :D ..  Gambar ni la yang paling perfect tahun ni .. semua ada .. kalau tak , emm .. memang payah nak snap gambar ramai,ramai .. ada yang tak suka tangkap gambar .. ada yang malu .. & bermacam karenah ! BTW , kami memang The Best Of Progresif ..  (y) ..Gambar ni tangkap masa jamuan hari raya kat sekolah ..Bermacam gaya /style kami buat ..  Bila la kita boleh sesama lagi ? :/   ~KENANGAN ~ 



~Fiqah ,Zureen ,Yana &Acik ~ 

Depa ni sebenarnya pemalu orangnya ..Ni lah satu,satunya gambar depa yang ada kat Aliah .. Macam mana tau boleh tersesat dalam pendrive .. Tapi kan , yang pakai baju purple tuh bukan seorang pemalu .. itulah TAIKO  kami . Haha ! * sori acik * .. Seorang yang ceria .. ada ja dia dalam kelas , riuh ! ..Tapi kalau dalam kelas B.ARAB senyap ja .. bukan dia ja .. Semua 5 ekonomi  ! ;) .. 


~ Best Friend Forever ~
Semoga persahabatan kita kekal ke syurga ya SITI AMINAH ?  .. IN SHA ALLAH . Amin .. kawan yang memahami .. thanks sebab pernah bagi jam pink kat Aliah dulu ..  kadang,kadang kita gaduh kan ? gaduh tu la yang mengeratkan lagi silaturahim kita .. :)  *MHI* Hehe .. :p




Nak kenai dak depa nie sapa ? ..Geng hingaq 5 ekonomi . Hahah !Hingaq depa bukannya apa ..Just nak bagi kelas ceria .. right ? .. :D ..Weyh , sunyi aih tak dengaq gelak tawa hampa .. yang dok hingaq tuh ! yang selalul Aliah dok marah ! .. Aliah marah bukan sebab apa , Aliah tak suka suasana bising .. TAPI , kalau 
Aliah  buat bising xpa .. Hihi * Kejam seketika * 
~ Zatiey , Rahmah , Farah , Miera ~

 :: Walaupun Kita Terpisah ,Tetapi Biarkanlah Ukhwah Kita Mengalir Selamanya :: 
=D ..
 tERIMA kASIH kerana sudi menjadi sahabat Aliah selama ini .. 




:: Mohon Maaf jika sepanjang persahabatan kita , Aliah ada buat salah nyer ? .. Nobody Perfect =D ::
~ Salam Ukhwah Fillah ~