Wednesday, 26 August 2015

Usaha Mencari Hadiah

Assalammualaikum.

Ha , tengok tjuk entry ni , usaha mencari hadiah.  Untuk sapa kah ?? Hehe.  For my lovely sister adik Bella.  Birthday dia 4 September ni.  Adoii.  Bnyak mnggu dok pkiaq nak bagi apa.  Bukan apa , aliah ni malas nak keluar la , xsempat nk keluar . Aliah memang mcm tu , paling malas nak kluar, dgn kja lagi .  Hahaha.  Tak tahu lha apa mau jadi.


Last2 , terfikir nak bgi bantal hiasan yg custom made tu.  Tu last minit punya idea lha.  Maybe dia akn dapat lambt skit.  Sebab baru tempahh.  Hehe.  Sabo jew lha.  Yew lha , kalau nk tempah online ni , nak kna bank in duit , ni lagi satu keja yang paling malas nak buat , tapi nak beli.  Hahaha. Aliah oohh aliah.  Apa mau jadi daaa.  So , semalam , dengan berani nya pi post dalam group FB Penduduk Sungai Petani.    tanya ada spa yg buat.  Alhamdulillah , ada yang bgi respon.  Yeahhhhhhhhh.  Tengah2 mlm dok survey harga , kualiti.  Hahaha.


I make the decision , lepas sis ziana PM aliah , bincang punya bincang . RM 30 Sekali dgn postage lha.  Okay xpa . so , aliah tempah kat sis ziana jew lha . Sis ni tanya lha ,

Sis Ziana : adik dok area mna ? Sis duk taman keladi.

Aliah        : ooo . Sya duk taman kempas . Dekat jew lha , so , postage xkna lha yer ? ( Hahaha )

Sis Ziana. : Dah dekat , xpyah lha . Insha Allah bleh hantar .


Hahaha.  You see . Jimat dah duit aliah.  Lepas tu , fikir2 , tambah lagi hiasan dia , sebab sblum ni bg hat simple2 ja , sbb nak tau harga.  Tambah punya tambah , semuanya Rm35 . Okay settle my problem.  Sebab tu cri yg dkat , sbb seb duit postage ( aku sorang ja dok buat pragai cm ni ) . Hahaha.



* Ni lha design yang aliah buat sendiri , hodoh kan ?? Hahaha.  Nak lukis x pandai , trpksa buat macam ni.  Hehe.  Tapi ni design sebelum buat penambahan sikit lha , yg sebenarnya kna tnggu siap lha.  Hehe *

Okay , now settle my problem . Ohh yaa , satu lagi masalahnya , Hahaha .   Kak ziana nak deposit dulu . Kna bank in daa.  Hat ni pling mlas . Hahaha . Tunggu lagi , siapa lagi mangsa yg slalu kna tlong bank in kat aku. . Klu bli brg on9 , dia ja yg dok tlg bank in sat. Hehe.  Mlm ni nk mnx tlg dia , sbelum tu buat muka comey dlu.  The person is -> my si senget <3.  

Okayh.  I hope , adik Bella happy trima hadiah ni walaupun xseberapa.  Tapi , ini adalah tanda ingatanku buatmu . Nurul Nabilah Bt Mahamud .  . 



Friday, 21 August 2015

Kenangan Yang Abadi .. ~!

- Mengamit Memori Lalu -


Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
dan kita tetap seiringan berjalan
Menuju onak liku
lalui semua suka dan duka
bersama...

Biarlah apa pun rahsia
dan kelemahan mu
tetap kau temanku

Riangnya saat kita ketawa
asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
namun, diakhirnya kita tetap bersama

Kini dipisahkan dua benua saling mengejar cita
tak pernah ku lupakan detik yang indah bersamamu
Temanku....

Ku pasti suatu masa
engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
untuk kenangan bersama




    

Persahabatan yang terbina selama 5 tahun di bumi Maahad . Suka & Duka telah banyak kita tempuhi bersama. Ukhwah Fillah Abadan Abada . Maktab Mahmud Kuala Muda Sentiasa dihati kami semua.   ( 2009 - 2013) 




 

Walaupun persahabatan yg terjalin hanya setahun , tpi cukup bermakna buat diriku ini. Kita datang dari Maahad yg berlainan , namun kita bersatu atas nama SAHABAT .   Maktab Mahmud Alor Setar dalam kenangan (2014) 

P/S - mintak maaf kpda sesiapa yg xdak dalam gambar.  Especially bdak MMKM.  bnyak gmbr yg hilang di atas sebab2x tertentu.  :'( . Bdak MMAS , mungkin kita jarang bergambar sekali.  Tapi ingatlah , dirimu sentiasa ku ingati. 


Semoga ukhwah diantara kita sentiasa mengalir . Ingat Daku Dalam Doamu.  






Thursday, 20 August 2015

Kini Kembali =)

Assalammualaikum  .

 Sekian lama ku menghilangkan diri , kini ku hadir untuk menyinari blog ini.  Aceewahhhhh. Lama oii xupd
ate blog ni . Bukan apa.  Tuan tanah busyy.  Hehe.  Last update tahun lepas , tu pun rasanya setahun dahh . Perghhhhh.  Bkn setakat berhabukk , tumbuh lalang penuh blog aliah ni.  Hehe.  Bukan apa , asal nak update je , tetiba rasa malas.  Asal nak update je , ngantokk . Hehe . Kini ku hadir untuk mencoretkan kisah ku kembali . Segala suka & dukaku.  . * poyooosss *


Inilah tuan empunya blog yang semakin tembam.  Hahaha . Bnyak org tegur , aliah dah tembam & mendapat gelaran " BAMBAM " dari someone . Tapi tu lha hakikatnya . Bahagia orang kata . Tu yg tembam.  Fakta okayh.   :-p . 

Lock at the time * 2.15 PM *   . Tengok.  Baru ja nk update blog , dah nak pergi keja.  Hehe.  Padan lha , cuti seminggu xmau nak update . Nak buat macam mna , hri ni bru trgerak hati nk update.  Hahaha.  Kamaliahh ohhh kamaliah.  Banyak akaiii sungguh.  * garu kepala * . 

Okay lha , semangat nak update blig dah ada , nanti kalau free , aliah update lain.  Jommm.  Pi keja.  Kejaa ohh keja * part time ja * . Byee.  See you again.  Wassalam.    



 


Friday, 13 June 2014

Patah Hati Yang Menyakitkan ..


PATAH HATI YANG MENYAKITKAN ...

Perbezaan antara cinta lelaki dengan cinta perempuan .. !

1)      Ketika ada wanita yg membenci seseorang lelaki setengah mati , itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati .

2)      Wahai lelaki , ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya beerti kau mencintainya .

3)      Di sebalik kejayaan setiap wanita , dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta .

4)      Cinta yg dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki , ternyata merupakan persoalan hidup & mati bagi wanita .

5)      Ketika lelaki mengatakan ‘’ perempuan itu tidak mempunyai hati ‘’ , beerti wanita tersebut telah berjaya merebut hatinya .

6)      Cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat  seperti dia menulis diatas pasir .

7)      Bagi wanita , ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya iaitu mencintai , dikecewakan , kemudian bersedih .

8)      Betapa pun seorang wanita bermulut seribu , namun cinta akan mengajarnya diam .

9)      Dalam bercinta , seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya .

10)   Ketika wanita mencintai seorang lelaki , sekali-kali dia tidak akan merendahkannya .

11)   Dalam cinta , lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan .

12)   Dalam bercinta , seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu hal ,iaitu mencintainya terus menurus .

13)   Dalam persahabatn lelaki lebih pandai daripada wanita , namun tidak demikian dalam cinta .

14)   Cinta mungkin berakhir dalam sehari , namun  cinta hakiki tidak sedemikian .

15)   Seorang wanita tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai .

16)   Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan , namun cinta seorang wanita bagai lembaran-lembaran kertas yang tiada penghujungnya .

17)   Ketika wanita jatuh cinta , dia memulakannya dengan kekhuatiran , ketakutan & prasangka .

 

Beginikah Kita ??


BEGINIKAH KITA ?? .

 

Beginikah Kita ??
Insan lalai & leka ,
Mudah terpedaya & percaya,
Pada hasutan syaitan durjana ,
Untuk mengisi kekosongan neraka ..

Beginikah Kita ??
Ingat Allah hanya seketika ,
Bila miskin , Bila derita ,
Bila susah tiada upaya ,
Bila duka datang nestapa ..

Beginikah Kita ??
Insan bergelar khalifah di bumi ,
Ada masa ketika menghadap ilahi ,
Ada masa kesilapan menghiasi diri ,
Tak sedikit pun ambil peduli ,
Merasakan diri pasti belum mati ..

Beginikah Kita ??
Impian besar  mendiami syurga ,
Nafsu syaitan masih didamba ,
Mudah leka keasyikan dunia ,
Segala kewajipan hanya sekadar tika ,
Umpama melepas batuk di tangga ,
Yang menanti , Yang terbuka ,
Bakaran api kepanasan neraka ,
Bertaubatlah kita sebelum ajal tiba .. !!

 

P/S : Renungan untuk semua . Termasuklah diri yang KERDIL & HINA ini .
          #ALLAHU :’(

Friday, 11 April 2014

Kehidupan Baru :D




Telah sekian lama Aliah menyepikan diri , *Acewahh , ayat tuh * Hehe . Rindunya kat blog nie . Lama tak    jenguk . Dah tumbuh lalang dah .   .Ada  Sapa nak tolong bersihkan nie ? Aliah nak bagi upah ! Aduh !! . Hee ! ..  Mesti hampa rindu Aliah kan ? * Peqasan sat * ..

 Setelah sekian lama dalam kehidupan baru . Kehidupan sebagai seorang pelajar STAM .   Kehidupan di rumah sewa & Menguruskan hidup sendiri . Penat jugak lha ! Hee ! . Dulu balik ja rumah , makanan dah tersedia , just balik makan . lepas tu tidoq . tapi la ni semuanya berubah , balik rumah , kena masak , lepas tu basuh baju & buat kerja lain .. perghh ! agak padat jadual Aliah . ! tapi apakan daya , kehidupan perlu diteruskan jua ! Haha . kalau stay kat asrama pun xletih ni kot * Ada bantahan ?* emm .. tak tau lha sebab Aliah tak pernah stay kat asrama pun . Ni first time jauh dari keluarga! Ramai yang kta Aliah anak manja . Ya ka ? .. Tapi hakikatnya memang betui .. :’) .


 Walaupun dilahirkan sebagai puteri sulung kepada Kamarulzaman Bin Saad & Siti Sara Binti Saidin , tapi peragai  manja lebih dari adik bongsu uh ! . Tak tahan ! Hee ! . Sampai kadang 2x adik 2x yang lain selalu pekena Aliah . depa ramai , Aliah sorang ! mana aci kan ? ..  Ni lah ayat depa kalau Aliah merajuk !

Adik    : Abah ! mai tengok anak kesayangan abah ni merajuk !

Aliah   : Hampa ni pasai apa hah ?  x kacau hampa pun ! >.<

Abah   : Alolo . Sapa yang buat anak kesayangan abah ni ?

Adik     :  Tudia , Abah mai pujuk dah ! HAHAHHA ! *Pakat gelak * ..


   Perghh  ! memang benggang giler kalau jadi cam situasi kat atas . Tapi tanpa depa jugak Aliah sunyi . xdak orang nak bercerita , nak gaduh , Especially xdak orang yang Aliah nak sakat . kak mithali kan  Hehe .. Kadang,kadang duk kat rumah sewa , kalau adik / Aliah yang col adik , mmg lama kami sembang ! .. macam,macam cerita yang keluar .. Hee ! .. Kat rumah sewa pun digelar anak manja , nak tau sebab apa ? .. emmmm .. Sebab Aliah kerap balik S.P dari orang lain . Bukan apa , kadang,kadang ada urusan yang perlu diuruskan .. *ayat skema* .. Bulan 4 pecah rekod balik  S.P setiap minggu . minggu lepas balik , minggu ni balik sebab cuti KESUMAMM , Minggu depan balik sebab nak Pi MMKM! *Mohon jangan jeles* ..Hehe


 Kini Aliah kenali ramai orang , yang pelbagai ragamnya , pelbagai perwatakannya & bermacam lagi lha  . Kalau yang okay tu , okay lah . Kalau yang tak okay tu , hanya mampu bersabar . Kadang,kadang tu ada jugak protes yang Aliah buat . Time lha ni mmg macam ni , nanti bila dah habis sekolah , Teringat kenangan yang lalu. Right ? .. “Allah titipkan rindu Agar kita saling mengingati antara satu sama lain” . *Aceewahh ! .. Kepada kawan.kawan & adik,adik yang satu bilik dengan Aliah & kawan,kawan yang lain   , Thanks sebab selama ni sabar dengan karenah Aliah , faham Aliah , memberi teguran kat Aliah & Alhamdulillah kita saling menghormati * menyayangi antara satu sama lain .. J . Semoga ukhwah kita sentiasa mengalir & sentiasa mengingati antara kita ..

* Sori gambar ni tak berapa elok.. orang xpro edit , jadi macam ni lha .. Hee ! *



 Emm . setelah sekian lama tak bercerita , macam nil ha ! panjang sangat tak entry ni ? . kalau panjang idea terlebih , kalau kurang tuh , idea lari .. Hee ! . Cukup la kot  entry kali ni , dah lama nak menaip , rasa malas la pulak nak taip panjang,panjang ! Nanti kalau ada masa + Aliah rajin nak taip , Aliah update blog ni !


Wassalam :’)

Thursday, 2 January 2014

Calon STAM 2014

Assalammualaikum .. =D

Hari ni genap sebulan Aliah jadi budak lepasan SPM ..
Hobi Aliah sebulan dok rumah .. Makan + Tidor + 0nline +  Baca Novel  = Lepasan SPM  ! Haha ..
Jangan dok jeles sangat la noh ? .. Kepada  candidate SPM  2014 .. Do the best .. kak Aliah ucap siap  2x .. Bagi semangat ! hihi *Pirahhh ~ * .. Spm Tak susah mana pun .. Tak baca buku boleh jawab juga .. Tapi , time amik result , sedia siap 2x  lha tisu satu kotak ! ..  Hehe ..
Ni dok kata kat orang , tak sedar diri ni pun ada exam besar tahun ni .. Exam apa ?
STP ( Sijil Tunggu Peminangan) .. Haha ! tak aih .. STAM .. tau dak apa maksud STAM tu ? .. kalau tau BAGOS ! Kalau tak tau tu , meh sini nak habaq . (Sijil Tinggi Agama Malaysia) . mudah , mudahan Aliah dapat tempuhinya .. Amin ~

Hari tu ada Tanya cousin yang amik STAM tahun ni .. Nak tau apa dia kata ?  Baca yang kat bawah ni ..

Aliah     : wey , macam mana STAM . okay tak .. Aku takot laarr .. *muka cuak habis*
Firdaus : STAM ? Relax arr weyh ! senang ja ! .. * Sambil Senyum*
Aliah     : senang ? hang biaq betoi ? .. isyh ! musykil aku ! haha ..
Firdaus : la … btoi laa .. *Berlalu pergi meninggalkan aku yang masih berfikir* .. Hehe ..

Lepas tu , ada seorang kawan tanya Aliah ..

Wany : wey Aliah , Hang Tanya cousin hang tak macam mana STAM .. kena hafal surah apa ?
Aliah : Hang nak tau dak dia kata apa ? .. Dia kata senang ? ! Adoii ~ ..
             ketaq oii .. Kena hafal surah apa aku xdan nak Tanya .. Dia xdak kat rumah ..
Wany : Senang ?  emm .. Dia kata senang , tak kan kita tak boleh buat kan ? ..  ^^ ..
Aliah : hehe . in sha Allah .. moga Allah permudahkan . ! :D ..

Bila Tiba Tarikh Nie ... 12 / 1 / 2014  ..

Bermulalah kembali kehidupan sebagai seorang pelajar yang mithali * Aceewaah * .. Haha .. Aliah kena pi daftar dekat sek yang berkenaan .. Kami mula sekolah lambat sikit daripada orang lain .. Budak Penang yang kena mula 2 hb 1 ni , Tak Payah dok jeles nah ? Sapa suruh lari pi Penang .. Hihi ~ * Lain Kali Setia Nah ? *  .. Lepas ni jarang balik rumah * duk rumah sewa* & Jarang Update Blog *Just bawak Hp je pi sana * .. J .. Dan Mungkin jugak Blog ni akan terbiar tanpa berpenghuni * Sampai bila tak tau laa* .. Hee~ ..  Ni Lah entry terakhir sebagai budak Lepasan SPM .. ;) .. Entry Sebagai TETAMU STAM akan menyusul bila ada masa lapang nanti =D ..

                                           * Kiri =>. Calon STAM 2014*
                                                                         

                          Wassalam ..