Friday, 27 December 2013

Muhasabah Mengejutkan Diri Daripada Kealpaan :D



Jika kita mengambil sedikit masa untuk memerhatikan perjalanan hidup kita , Maka kita akan mendapati bahawa Allah S.W.T sebenarnya telah memberikan kita banyak peluang . Allah masih membuka peluang kepada kita untuk bertaubat kepada NYA .. Nyawa kita masih diPanjangkan hingga ke hari ini merupakan tanda rahmat & kasih syang NYA kepada kita .. Bayangkan sekiRannya kita dimatikan semalam ? . Bagaimanakah agaknya pengakhiran kita ? .

Sebagai seorang hamba Allah , Yang sepatutnya sedar akan kekurangan diri , Yang tahu akan bertimbunnya dosa didalam hati , Pernahkah kita bermuhasabah ? ..

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : 
" Setiap yang bernyawa itu akan merasai kematian , dan sesungguhnya semua akan diperhitungkan pada hari kiamat . Sesiapa yang diselamatkan daripada api neraka kemudian dia dimasukkan ke dalam syurga , Maka itulah kemenangan yang sebenar dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan " .   (  Ali Imran : 185)

 

 Sebenarnya , Dalam setiap waktu kehidupan kita , Telah banyak kita isi dengan hal yang sia,sia . Adakah kita ada masa untuk bermuhasabah ? Adakah kita ada subsidikan masa kita beberapa minit daripada 24 jam untuk bermuhasabah ? Ketahuilah bahawasanya insan itu tidak sempurna .. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan "

  Pentingnya muhasabah keada insan kerana ia mengejutkan kita dariada kealpaan seorang manusia . Kadangkala kita merasakan merasakan diri kita sudah BAGUS , BESAR , TINGGI , HEBAT , dan  SEMPURNA serta  BETUL SENTIASA . Ego kita yang menggunung angkasa membuatkan kita tidak menyedari kecacatan diri kita . Kita melukakan hati pelbagai orang dengan sikap kita ,Kita langgar pelbagai ajaran Allah , Kita lupakan pelbagai ajakan Rasulullah SAW , Namun kita masih tidak sedar lagi akan semua itu ..  

 Jesteru , Marilah kita memperuntukkan sedikit masa daripada 24 jam dalam kehidupan kita untuk bermuhasabah . Kita duduk sebentar & meneroka  kekhilafan diri . Kita perhatikan diri kita lalu bermuhasabah dengan penuh kerendahan hati , Seterusnya kita melaksanakan peningkatan untuk diri kita di Dunia & Akhirat ..

 

:: Semoga Allah Meredhai Kehidupan Kita Semua ::


Post a Comment